14
7
0
等級4
138
0
2013-10-16 18 瀏覽
Semenjak kawan aku mengesyorkan makan kat Restoran Pepper Lunch ni, memang sekarang dah jadi salah satu restoran kegemaran aku untuk makan tengah hari atau pun malam. Tak kira kat mana je, Sunway Pyramid, Mid Valley atau Pavilion. Hidangan ala Jepun ni memang menepati selera aku sebagai anak Malaysia. Kali ni aku makan Beef Pepper Lunch dan ditaburi keju (cheese). Dihidangkan dalam hot plate ketika masih panas macam mee sizzling tu. Sebelum plate tu menyejuk, haruslah aku gaulkan cheese bers
更多
12 瀏覽
2 讚好
0 留言
Semenjak kawan aku mengesyorkan makan kat Restoran Pepper Lunch ni, memang sekarang dah jadi salah satu restoran kegemaran aku untuk makan tengah hari atau pun malam. Tak kira kat mana je, Sunway Pyramid, Mid Valley atau Pavilion. Hidangan ala Jepun ni memang menepati selera aku sebagai anak Malaysia.

Kali ni aku makan Beef Pepper Lunch dan ditaburi keju (cheese). Dihidangkan dalam hot plate ketika masih panas macam mee sizzling tu. Sebelum plate tu menyejuk, haruslah aku gaulkan cheese bersama daging lembu panggang, jagung dan nasi supaya sebati. Nampak cheese yang sticky tu menambah lagi kecur air liur ni. Harga yang berpatutan dengan suasana restoran dan perkhidmatan, Pepper Lunch memang boleh dinikmati oleh semua rakyat Malaysia.

Aku sukakan rasanya yang pedas-pedas sedap dek kerana lada hitam dan sos bawang putih yang kita letak mengikut cita rasa kita sendiri. Memang marvelous!
(以上食評乃用戶個人意見 , 並不代表OpenRice之觀點。)
張貼
評分
味道
環境
服務
衛生
抵食