OpenRice Index
  
lida
This is lida living in Cheras. I am a Student, work in Shah Alam (Central). I like to hang out in Gombak, Cheras. Asian are my favorite cuisines. I also love and Nasi Lemak.
Member 51 First(s)
No. of Review159 Review(s)
編輯推介數目0 Editor's Choice
Recommended1 Recommended
Popularity1029 View(s)
Replies in Forum0 Comment(s)
Upload Photos14 Photo(s)
Upload Videos0 Video(s)
My Recommended Reviews0 Recommended Review(s)
My Restaurant0 My Restaurant(s)
Follow0 Following
粉絲54 Follower(s)
lida  Level 4
Follow Follow  Comment Leave a Message 
Sort By:  Date Smile Smile Cry Cry  Editor's Choice  Overall Score 
 
 
 
 
 
  Full View Full View   |   Map View Map View
Showing 66 to 70 of 159 Reviews in Malaysia
Nasi Kandar Kudu Bin Abdul Smile Apr 07, 2013   
Share on TwitterShare on Facebook
Categories : Malay | Restaurant | Steaks / Chops

Tak pernah dengar pun nama kedai ni tapi suasana tengahari yang lain macam tu yang mula menarik minat kami makan di sini. Mana taknya, masuk tengahari je beratur manusia nak ambil nasi. Sedap ke? Aku try nasi dengan lauk ayam goreng, sayur bendi dan kuah-kuah sikit, harga RM6.50. Boleh tahanlah. Lauk dia sedap-sedap jugak. Kuah kari dia memang melekat kat tekak. Lauk-lauk lain pun nampak sedap je. Ikan goreng, kari sotong, sambal telur. Orang kata kedai nasi kandar ni biasanya dorang guna serbuk kas-kas nak bagi sedap. Tu agaknya yang lepas makan kat sini je macam terbayang-bayang je rasa keenakkan masakannya. Kedainya agak lama sikit. Atau memang dah lama kedai tu bertapak kat situ, aku pun tak sure. Yang pastinya lepas ni kena datang lagi tapi datang awal sikit untuk elak beratur panjang lol
 
Other Ratings:
Taste
 4  |  
Environment
 3  |  
Service
 3  |  
Clean
 4  |  
Value for Money
 4

  • Keep it up!

  • Looking Forward

  • Interesting

  • Touched

  • Envy

  • Cool Photo
      View Results
Recommend
0

Nasi Beriani Tumes Cafe Smile Apr 06, 2013   
Share on TwitterShare on Facebook
Categories : Malay | Café | Pizza/Pasta | Noodles | Sweets/Snack

Semasa jalan-jalan mencari restoran baru untuk dicuba, terserempaklah dengan restoran ni yang ala-ala comel dan ceria. Cafe ini menghidangkan masakan ala Johor seperti nasi beriani, laksa johor dan juga western food seperti fries, nugget, meatballs dan spagetti. Menu yang sempat dicuba nasi beriani dengan lauk kambing. Rasanya memang seperti yang kami pernah makan di Johor. Kiranya memang resepi asli nasi beriani Johorlah ni. Kuah dal pun pekat dan cukup rasa. Harga amat berpatutan RM10.50. Suasana restoran memang cantik, bersih dan kemas.
 
Other Ratings:
Taste
 5  |  
Environment
 5  |  
Service
 4  |  
Clean
 4  |  
Value for Money
 4

  • Keep it up!

  • Looking Forward

  • Interesting

  • Touched

  • Envy

  • Cool Photo
      View Results
Recommend
0

Mochi mochi OK Apr 06, 2013   
Share on TwitterShare on Facebook
Categories : Japanese | Desserts

Mochi ni makanan asal dari negara Jepun. Selalu usha je kedai ni dari jauh, teringin nak beli tapi takut pula ada unsur-unsur yang tidak menghalalkan. Tapi bila google-google dan ramai juga yang bercerita pasal mochi ni, terpengaruh juga akhirnya untuk beli. Tapi beli dua biji je. Nak rasa-rasa..hehe..rasanya memang kenyal, sedap je buat kunyah-kunyah sambil window shopping Macam rasa kuih koci pun ada, cuma kuih koci intinya kelapa dan kulit luarnya ada salut bijan. Mochi ni kulit luarnya licin je. Isi dalam pula ada macam-macam. Ada coklat, green tea, sakura, kacang hitam dan merah dll. Lepas tu kalau nak makan mochi je aku cari yang kat &eleven tu je. Murah pun murah..tongue
 
Other Ratings:
Taste
 4  |  
Environment
 4  |  
Service
 3  |  
Clean
 4  |  
Value for Money
 3

  • Keep it up!

  • Looking Forward

  • Interesting

  • Touched

  • Envy

  • Cool Photo
      View Results
Recommend
0

Istana Bambu OK Apr 06, 2013   
Share on TwitterShare on Facebook
Categories : Thai | Restaurant | Seafood | Group/Family dining

Restoran ini terletak betul-betul di tepi jalan Lebuhraya MRR2 di atas kawasan lapang. Jadi memang tak ada masalah nak parking kereta. Tarikan utamanya ialah boleh dikatakan keseluruhan binaan restorannya terbuat dari buluh. Memang sesuai bagi mereka yang mencari suasana kampung di tengah-tengah kota. Memang dah lama teringin makan disini. Kebetulan pula masa bulan puasa Istana Bambu ada menawarkan pakej buffet (harga dalam RM55++ satu orang) Yang tak seronoknya tempat semua dah fully booked dan kami hanya diberikan meja di bawah khemah ala-ala pengantin. Maka tak dapat la merasa makan sambil bersila di dalam pondok buluh. Makanan yang dihidangkan sedap. Lauk-lauk kampungnya semua menepati selera. Daging salai masak lemak, ayam goreng berempah, udang masak sambal petai. Tapi kalau nak ambil ikan dan ayam bakar kena beratur sebab hidangan diserve fresh panas-panas. Keseluruhannya, jika tak kerana kena duduk bawah khemah pengantin, memang satu pengalaman makan yang menyeronokkan.
 
Other Ratings:
Taste
 5  |  
Environment
 3  |  
Service
 3  |  
Clean
 4  |  
Value for Money
 3

  • Keep it up!

  • Looking Forward

  • Interesting

  • Touched

  • Envy

  • Cool Photo
      View Results
Recommend
0

Mee Ketam  Smile Apr 06, 2013   
Share on TwitterShare on Facebook
Categories : Malay | Restaurant | Seafood | Noodles

Restoran mee ketam ni memang popular di area Shah Alam. Terletak berhampiran Unisel dan Icity, restorannya memang sentiasa penuh. Dapat je tempat duduk, terus ambil menu. Agak terkejut juga sebab harganya memang murah. Harga untuk semangkuk mee ketam dengan ketam saiz biasa RM8. Kuah karinya memang pekat dan secukup rasa. Tambah pula dengan rasa ketam yang fresh dan manis. Memang 'terangkat'. Selain mee, ada juga menu lain seperti mee udang galah, bihun ketam dan udang, nasi ketam dan mee olio ayam. Lain kali kena datang rasa menu lain pula.

 
 
Recommended Dish(es):  Mee Ketam
 
Spending per head: Approximately RM8(午餐)

Other Ratings:
Taste
 4  |  
Environment
 3  |  
Service
 3  |  
Clean
 4  |  
Value for Money
 4

  • Keep it up!

  • Looking Forward

  • Interesting

  • Touched

  • Envy

  • Cool Photo
      View Results
Recommend
0