1
0
0
食評 (1)
等級4 2013-04-08
288 瀏覽
Lagi menu wajib di Melaka ialah ikan bakar. Kalau datang Melaka tetapi tak singgah di Medan Ikan Bakar Parameswara di Umbai ni, memang tak sah rasanya. Sebelum order, customer boleh pilih sendiri ikan-ikan fresh yang disediakan. Selepas ditimbang, bolehlah pilih jenis masakan yang diinginkan. Macam kami, biasanya memang favourite ikan siakap masak pedas. Tapi since nama kedainya ikan bakar, maka orderlah sekali ikan siakap bakar. Ada juga pilihan sos untuk pencicah ikan (kuah asam, kicap lada, sambal belacan) Service agak pantas, mungkin juga kerana faktor pelanggan yang agak kurang ketika itu. Makanan juga amat memuaskan hati since ikan fresh, bila dimasak rasanya memang lain betul dari ikan beli kat pasar yang dah beku dua tiga hari. Harga ikan siakap masak pedas RM20, ikan siakap bakar RM20, memang berbaloi. Tempat parking juga agak selesa mungkin kerana bayaran RM1 yang dikenakan. 繼續閱讀
(以上食評乃用戶個人意見 , 並不代表OpenRice之觀點。)