10
9
0
等級4
860
0
2013-07-31 176 瀏覽
Antara menu dan sajian yang menjadi kegilaan saya di sini ialah hot pot seafood rice. Menurut saya ia memang benar-benar lazat dan menepati selera saya. Hidangan nasinya yang harum dan begitu lembut menambahkan lagi keserian sajian tersebut. Ditambah pula dengan aroma sup steamboat yang menyegarkan,ia benar -benar membuatkan saya jatuh cinta. Rasanya cukup seimbang dan serba sempurna. Amat menyelerakan sekali apabila dinikmati panas-panas. Bahan yang cukup istimewa di dalam set ini adalah udang,
更多
Antara menu dan sajian yang menjadi kegilaan saya di sini ialah hot pot seafood rice. Menurut saya ia memang benar-benar lazat dan menepati selera saya. Hidangan nasinya yang harum dan begitu lembut menambahkan lagi keserian sajian tersebut. Ditambah pula dengan aroma sup steamboat yang menyegarkan,ia benar -benar membuatkan saya jatuh cinta. Rasanya cukup seimbang dan serba sempurna. Amat menyelerakan sekali apabila dinikmati panas-panas. Bahan yang cukup istimewa di dalam set ini adalah udang,ayam,sayuran dan juga isi ketam. Kesemuanya terlihat segar dan cukup lembut. Saya merasa bagaikan ada satu kenikmatan berganda tatkala menikmati menu yang ada di sini. Tidak hanya bahan yang segar,namun hidangan supnya juga begitu beraroma dan rempah ratus aslinya masih lagi jelas terasa. Ia justeru membuatkan tekak berasa begitu nikmat dan damai. Saya akui,cukup sempurna hidangan sup steambot bersama nasi putih yang harum. Melihatnya sahaja sudah cukup untuk membuatkan saya terliur!
(以上食評乃用戶個人意見 , 並不代表OpenRice之觀點。)
張貼
評分
味道
環境
服務
衛生
抵食