0
1
0
Level1
2
0
2014-12-10 759 views
Asam Pedas JR Original Masakan Melaka Pelbagai Lauk Pilihan - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Mana korang nak cari masakan Asam Pedas Melaka yg original dan memang yg betul2 punya. Masa Mahamahu bercuti di Melaka baru2 ini sempat lagi menikmati makanan Asam Pedas Melaka kerana memang ia cukup popular.Restoran Asam Pedas JR lah tempat yg di tuju. Tgk2 kat dalam restoran tu memang cukup teruja kerana apa, boleh nampak lauk pauk yg begitu banyak mc
Read full review

Asam Pedas JR Original Masakan Melaka Pelbagai Lauk Pilihan - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Mana korang nak cari masakan Asam Pedas Melaka yg original dan memang yg betul2 punya. Masa Mahamahu bercuti di Melaka baru2 ini sempat lagi menikmati makanan Asam Pedas Melaka kerana memang ia cukup popular.
100 views
0 likes
0 comments
Restoran Asam Pedas JR lah tempat yg di tuju. Tgk2 kat dalam restoran tu memang cukup teruja kerana apa, boleh nampak lauk pauk yg begitu banyak mcm2 ada. Kat sini asam pedas bukan sahaja mereka masak bersama ikan, tetapi juga makanan laut yg lain. Ada Ketam yang besar, Udang Galah besar, Telur Ikan, Ikan Pari dan Kepala Ikan Jenak.
65 views
0 likes
0 comments
59 views
0 likes
0 comments
59 views
0 likes
0 comments
48 views
0 likes
0 comments
52 views
0 likes
0 comments
Wow memang cukup terangkat dan menarik sgt bila tgk lauk pauk untuk di masak asam pedas ini. Kat sini mereka akan masak semua lauk pauk ini dalam kuah asam pedas sekiranya ada tempahan pelanggan. Jadi kuah asam pedas ini panas dan menyengat bila di makan bersama nasi putih dan sambal belacan. Kalau Mahamahu suka makan asam pedas dengan lauk telur masin baru mengancam.
71 views
0 likes
0 comments
70 views
0 likes
0 comments
Tapi kat Melaka ni asam pedas mereka berbeza dengan yg negeri lain iaitu kalau masak mereka akan masukan sekali daun kelsum dalam kuah tu. Mahamahu suka juga tak kisah masuk apa2 janji kuah pekat dan pedas baru sedap. Org Melaka juga makan asam pedas kat sini dengan sambal belacan atau cencaluk atau kuah asam. Semua ini memang menjadikan asam pedas kat Melaka ni umhhh sgt.
57 views
0 likes
0 comments
63 views
0 likes
0 comments
59 views
1 likes
0 comments
Selain dari masakan asam pedas Restoran Asam Pedas JR juga ada makanan lain yg boleh di pilih. Anda boleh pilih kerang bakar kat sini juga memang menarik dan segar. Ada juga makanan ringan lain seperti otak-otak untuk anda pilih di sini. Harga makanan kat sini juga tidak lah begitu mahal masih mengikut harga pasaran di negeri Melaka.
62 views
1 likes
0 comments
68 views
1 likes
0 comments
Jadi kalau korang dtg ker Bandar Hilir boleh lihat restoran ini dekat Newton Food Court. Restoran Asam Pedas JR ini telah di buka sejak tahun 2006 lagi. Jadi resepi asam pedas pastilah yg originalkan. Maklumat anda restoran ini di buka setiap hari dari pukul 11.00pg hingga 11.00mlm. Menjadi tumpuan org rami kerana ia berada di tgh2 bandar Melaka ini dan mudah untuk access ke sana. Selamat menjamu selera dari Mahamahu pada semua...

E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook

(The above review is the personal opinion of a user which does not represent OpenRice's point of view.)
Post
DETAILED RATING
Taste
Decor
Service
Hygiene
Value
Date of Visit
2014-10-22
Waiting Time
30 Minutes (Dine In)
Spending Per Head
RM30 (Lunch)
Recommended Dishes
  • Asam Pedas Ketam
  • Asam Pedas Udang Galah
  • Asam Pedas Kepala Ikan