2
1
0
Level4
159
0
Lagi lawatan makan malam di Buna Restoran dan Cafe. Suasana yang suram dan tenan masih setia mengamit kedatangan kami buat kali kedua. Kali ini pilihan untuk duduk di meja yang disediakan di luar restoran kerana langit kelihatan cerah dan banyak bintang yang terlihat jelas di langit. Menu pilihan kali ini ialah Lala masak pedas dan sayur Kangkung goreng belacan bersama 3 pinggan nasi putih. Walaupun bukan peminat setia makanan laut terutamanya Lala, namun masakan di sini memang boleh dipuji. Lan
Read full review
Lagi lawatan makan malam di Buna Restoran dan Cafe. Suasana yang suram dan tenan masih setia mengamit kedatangan kami buat kali kedua. Kali ini pilihan untuk duduk di meja yang disediakan di luar restoran kerana langit kelihatan cerah dan banyak bintang yang terlihat jelas di langit.

Menu pilihan kali ini ialah Lala masak pedas dan sayur Kangkung goreng belacan bersama 3 pinggan nasi putih. Walaupun bukan peminat setia makanan laut terutamanya Lala, namun masakan di sini memang boleh dipuji. Lansung tidak terhidu bau hamis Lala walaupun Lala tidak dimasak sepenuhnya (supaya Lala tidak kecut dan menghilangkan rasanya lansung).
72 views
3 likes
0 comments
Selain itu, Buna Restoran dan Cafe juga menyediakan hidangan lain seperti Mi goreng, Nasi Goreng, Tomyam, Mi sup dan macam-macam lagi. Harga amat berpatutan dan tidak terlalu mahal, bersesuaian dengan bajet anda.

(The above review is the personal opinion of a user which does not represent OpenRice's point of view.)
Post
DETAILED RATING
Taste
Decor
Service
Hygiene
Value
Spending Per Head
RM10 (Dinner)
Recommended Dishes
  • Lala masak Pedas