OpenRice Index
  
eyriqazz
This is eyriqazz .
Member 15 First(s)
No. of Review36 Review(s)
編輯推介數目0 Editor's Choice
Recommended0 Recommended
Popularity261 View(s)
Replies in Forum0 Comment(s)
Upload Photos229 Photo(s)
Upload Videos0 Video(s)
My Recommended Reviews0 Recommended Review(s)
My Restaurant34 My Restaurant(s)
Follow0 Following
粉絲307 Follower(s)
eyriqazz  Level 3
Follow Follow  Comment Leave a Message 
Sort By:  Date Smile Smile Cry Cry  Editor's Choice  Overall Score 
 
 
 
 
 
  Full View Full View   |   Map View Map View
Showing 11 to 15 of 36 Reviews in Malaysia
Share on TwitterShare on Facebook
Categories : Malay | Stall / Warung | Noodles

Serius, so far, saya vote kan Restoran ini antara tempat terbaik untuk menikmati Mee Hun Sup. Sangat Sedap.

 
Tengok rupanya pun sudah cukup menggiurkan. Dah rasa, lagi menggiurkan.

 
Sekali cuba betul-betul membangkitkan selera. Aroma dan bahan-bahan yang dimasukkan sangatla menyelerakan. Daging, sayur, dan pelbagai lagi betul-betul membuatkan saya terliur.

 
Jemput makan. Jangan malu-malu.Nampak menyelera, memang sedap. Kena dengan selera kami.

 
Favourite isteri. Azim pun sukakannya. Setiap kali ke sini, memang isteri tidak melepaskan peluang mencuba Mee Hun Sup sedap ini. Azim anak saya pun menggemari, tidak pedas dan sesuai untuk kanak-kanak juga.

 
Suasana di kedai. Agak ramai orang. Cuma nak parking je la yang leceh skit di sini.

 
Pelbagai kuih muih boleh dinikmati di sini.Sedap-sedap dan terasa macam berada di kampung. Ehh, memang kampung, Kampung Baru.

 
Inilah Restorannya. Chunburi Seafood Kampung Baru. Mee Hun Sup nya for me terbaik setakat ini yang pernah saya cuba.Kalau di KL, tiada lagi yang setanding dengannya.

 
Sambil-sambil menikmati pemandangan KLCC, memang santai dan terbaik kan?
 
Recommended Dish(es):  mee hun sup
 
Date of Visit: Jan 04, 2014 

Spending per head: Approximately RM10(晚餐)

Other Ratings:
Taste
 5  |  
Environment
 5  |  
Service
 4  |  
Clean
 4  |  
Value for Money
 5

  • Keep it up!

  • Looking Forward

  • Interesting

  • Touched

  • Envy

  • Cool Photo
      View Results
Recommend
0

Restoran Nandos Pilihan Hati Smile Jan 16, 2014   
Share on TwitterShare on Facebook
Categories : Western variety | Restaurant | Steaks / Chops | Burgers / Sandwiches | Halal

Salah satu tempat kegemaran saya untuk makan-makan adalah Restoran Nandos. Pandangan saya, rasanya memang lain dari yang lain. Satu aroma yang membangkitkan selera.

 
Nandos 1/4 Chicken Peri-Peri bersama garlic bread. Makan bersama sos cilinya yang istimewa dan ayam yang dimasak dengan sempurna membuatkan hati sentiasa teringat-ingat kesedapan juadah ini.

 
Sos cili Hot peri peri memang layan. Pedas tapi sedap. Siapa yang makan cili , dialah yang rasa pedasnya. Satu keistimewaan yang saya rasakan tiada di restoran lain selain nandos adalah sos cili dan garlic sosnya yang memang mengancam.

 
Action speak for itself. Licin. Memang kena dengan selera saya. Boleh katakan setiap sebulan or 2 bulan kali, saya pasti akan singgahi Restoran Nandos ini. Kalaula harganya lebih murah, tentu tiap2 minggu saya singgahi. Hehehe

 
Cheese Karamel nya pun sedap. Kegemaran Isteri dan anak. Kalau order air, di sini boleh free refill.

 
Overall rating, 8.5/10.

Restoran Nandos saya singgahi
Ayam istimewa kegemaran hati
Sudah pasti saya singgahi lagi
Juadah menyelera dan enak sekali
 
Date of Visit: Jan 04, 2014 

Spending per head: Approximately RM30(晚餐)

Other Ratings:
Taste
 5  |  
Environment
 5  |  
Service
 4  |  
Clean
 5  |  
Value for Money
 3

  • Keep it up!

  • Looking Forward

  • Interesting

  • Touched

  • Envy

  • Cool Photo
      View Results
Recommend
0

Share on TwitterShare on Facebook
Categories : Malay | Restaurant | Seafood | Noodles

Berkongsi pengalaman di Restoran Mee Ketam Seksyen 7, Shah Alam :

 
Mee Kari Ketam + Ketam Biasa. Rasa karinya memang lain dari yang lain. Kalau tak dapat ketam, pekena Mee Kari kosong pun sudah membangkitkan selera.

 
Fuhhh, tengok saja pun sudah menggiurkan dan menyelerakan. Saya order satu, Isteri order satu. Restoran ini telah direkomenkan oleh rakan saya yang selalu berkunjung di sini. Sesuai pula, ketika ini, Isteri mengidam ketam, mengidam ketika mengandungkan anak kedua kami.

 
Berselera sungguh Isteriku menjamu selera. Orang mengantuk disorongkan bantal,ketam antara makanan kegemaran Isteri.

 
Kata dulang, paku sepih. Kata orang dia yang lebih. Eyriqazz pun menggemari juadah mee ketam ini.

Memang sedap. Kena dengan citarasa kami. Bolehla singgah lagi nanti.

 
Tambah Ketam besar dan ketam kecil untuk diratah. Sekejap je, licin. Harganya berpatutan, tempat pun santai. Lokasinya di belakang UNISEL dan banyak kemudahan parking disediakan.

 
Restoran Mee Ketam KL pernah masuk Jalan-Jalan Cari Makan TV3. Overall rating, 8/10.
 
Recommended Dish(es):  mee ketam nipah
 
Date of Visit: Jan 16, 2012 

Spending per head: Approximately RM15(午餐)

Other Ratings:
Taste
 5  |  
Environment
 4  |  
Service
 4  |  
Clean
 4  |  
Value for Money
 4

  • Keep it up!

  • Looking Forward

  • Interesting

  • Touched

  • Envy

  • Cool Photo
      View Results
Recommend
0

Lunch di Mek T Bersama Redmummy Smile Jan 15, 2014   
Share on TwitterShare on Facebook
Categories : Malay | Restaurant | Noodles | Coffee

Special thanks diucapkan buat Redmummy dan Teycindy kerana menjemput kami seisi keluarga Lunch di Restoran Mek T, Restoran yang menyediakan masakan ala Pantai Timur @ Terengganu pengalaman pertama kami singgah di sini.

 
Pulut Lepa @ Pulut Panggang. Marvellous. Sedap. Tapi kalau dipanggang atas bara api arang,sure lagi sedap

 
Mee Hun & Mee Goreng bersama Keropok Lekor…Terbaik especially Keropok Lekornya

 
Pulut Kelapa…Sedap…I Love it..

 
Kuih Muih..Pun sedap

 
Laksam…Isteri cakap masih ada Improvement yang boleh dilakukan…
Saya? Umm,tak sempat nak try laksam

 
Tey Cindy yang cantik jelita…Tak sangka dia pun asal Terengganu.
Love cara dia bercakap bahasa Melayu..Petah

 
Nasi Minyak….Perghh,saya siap tambah lagii…

 
Overall, saya kasi 8.5/10 untuk keseluruhan makan di restoran ini. Puas hati dan menepati citarasa saya anak jati Terengganu.
 
Date of Visit: Oct 30, 2011 

Spending per head: Approximately RM15(午餐)

Other Ratings:
Taste
 5  |  
Environment
 4  |  
Service
 4  |  
Clean
 4  |  
Value for Money
 4

  • Keep it up!

  • Looking Forward

  • Interesting

  • Touched

  • Envy

  • Cool Photo
      View Results
Recommend
0

Makan Malam Yang Mengecewakan Cry Dec 26, 2013   
Share on TwitterShare on Facebook
Categories : Thai | Restaurant

2nd time singgah di Pha-Pha Garden, Taman Melawati ini. Pengalaman pertama sebelum ini, tidak mengecewakan. Sedap dan kena dengan citarasa. Malam ini, singgah lagi coz ingin mencuba dan mengidam nak makan ikan bakar. Nak pi jauh-jauh, tak sempat pula.

 
Tomyam Ayam – Sedap

 
Suka dengan cara dia masak. Voila, panas-panas lagi

Tanya-tanya tentang ikan bakar. Yang ada malam ini, Ikan siakap ngan kembung je. Orderla siakap, lebih kurang setengah jam , sampai :

 
Ikan Siakap Bakar - RM38

Masa sampai memang terkejut coz kosong je. Tanya dia takde kuah kat atas ke? Yang pedas-pedas tu. Then dia bawakan sos thai. Umm, lain diminta lain yang diberi. Mungkin memang camni cara masakan Ikan Bakar di restoran ini.

Tryje secubit dua, WTFisshhh… Honestly, ini pengalaman ikan bakar yang paling mengewakan. Rasa ikannya yang macam kurang masak dan tiada rasa. Kosong, just rasa ikan. Cam tak berbaloi saya bayar RM38 untuk ikan siakap bersaiz sederhana. Serius agak kecewa. Makan je la lauk-lauk yang lain.

Total harga termasuk 2 jenis lauk dan 3 jenis air RM60. Fuhh, terbang my 2 weeks lunch.

 
Macam-macam hidangan bakar

 
Harga dan rasanya serius buat saya terbakar

 
orry, my rating this 2nd time, 4/10. Kerana ikan bakar tersebut, spoil mood makan malam hari ini. Keluar dengan muka yang kecewa dan “terbakar”
 
Date of Visit: Sep 30, 2012 

Spending per head: Approximately RM30(晚餐)

Other Ratings:
Taste
 2  |  
Environment
 4  |  
Service
 3  |  
Clean
 3  |  
Value for Money
 2

  • Keep it up!

  • Looking Forward

  • Interesting

  • Touched

  • Envy

  • Cool Photo
      View Results
Recommend
0