OpenRice Index
  
eyriqazz
This is eyriqazz .
Member 15 First(s)
No. of Review36 Review(s)
編輯推介數目0 Editor's Choice
Recommended0 Recommended
Popularity261 View(s)
Replies in Forum0 Comment(s)
Upload Photos229 Photo(s)
Upload Videos0 Video(s)
My Recommended Reviews0 Recommended Review(s)
My Restaurant34 My Restaurant(s)
Follow0 Following
粉絲307 Follower(s)
eyriqazz  Level 3
Follow Follow  Comment Leave a Message 
Sort By:  Date Smile Smile Cry Cry  Editor's Choice  Overall Score 
 
 
 
 
 
  Full View Full View   |   Map View Map View
Showing 1 to 5 of 36 Reviews in Malaysia
Share on TwitterShare on Facebook
Categories : Middle Eastern | Restaurant | Mixed rice

Pucuk dicita, ulam mendatang. Bulan lepas, kami beberapa rakan bloggers menerima jemputan untuk menjamu selera di Restoran Marhaba, Publika Solaris Dutamas. Restoran ini adalah sebuah restoran makanan arab yg menyediakan makanan asli Yemen dalam suasana “fine dining”.Slogan restoran ini adalah “Celebrate good life with great taste.” Semua chef adalah chef dari restoran terkenal di Dubai dan bahan-bahan mentah termasuk berasnya juga di datangkan terus dari Yemen.

Antara “signature dish” yang dihidangkan kepada kami pada malam tersebut :

 
Roti Mulawah. Roti ini sangat besar. yang ini size medium yang berharga RM12. Rasanya sangat sedap dan ranggup. Anak eyriqazz Alisya yang susah nak makan pun berselera dengan roti mulawah ini.

 
Roti Mulawah ini sesuai dimakan dengan kuah ala-ala kuah kari Udang. Sangat sedap dan menyelerakan.

 
Ataupun boleh dimakan dengan Saltah Fahsah (daging kambing yang dimasak panas dalam periuk secara sizzling). Yang ini antara menu terbaik malam itu sampaikan kami siap tambah lagi dua mangkuk. Harganya Rm40. For me, memang berbaloi . Kualiti seiring dengan harganya.

 
Sup kambing. Honestly said, antara sup kambing terbaik yang pernah saya cuba. Rasanya yang membangkitkan selera untuk menjamah makanan lain.

 
Ini antara main dish, Lamb Hanith yang berharga Rm78. Keistimewaan juadah ini adalah daging kambing yang dipilih adalah kambing yang terbaik iaitu kambing yang digunakan berusia 6 bulan ke bawah. Memang lembut dan juicy. Berasnya pula menggunakan beras wangi yang didatangkan khas dari Yemen. Pertama kali eyriqazz boleh habiskan daging kambing sebesar ini. Hehehe, In Shaa Allah, plan nak singgah lagi nanti di sini.

 
Chicken Mazbi . Nampak menyelerakan, memang sedap dan memuaskan. Kami siap tambah 2 chicken mazbi dan 1 lamb hanith. Memang begitu berselera makan di malam tersebut ditambah pula bila makan beramai-ramai, ianya lebih membangkitkan selera .

 
Mango Lassi. Secara peribadi memang susah nak cari mango lassi yang sedap di Klang Valley. Paling sedap pernah saya cuba di Restoran Insaf. Namun, mango lassi di Restoran Marhaba ini lebih sedap dan saya boleh katakan yang paling sedap di Malaysia yang pernah saya mencuba. Siap saya dan Cik Lily tambah satu gelas lagi mango lassi ini. Selain mango lassi, pelbagai minuman jus dan minuman ala-ala arab boleh diorder di sini.

 
Ini pula, special/VIP room. Ada dua bilik yang boleh memuatkan lebih kurang 10 orang. Tempatnya yang lebih privacy siap ada toilet sekali di dalam bilik ini. Nak booking tiada extra charge dikenakan cuma follow “first come first serve” . Dinasihatkan datang booking 2-3 hari terlebih dahulu jika mahu booking vip room ini.

Masakan Arab terbaik saya berikan untuk Restoran ini. Overall rating , 9/10. Antara Restoran menarik untuk dikunjungi di Malaysia.
 
Recommended Dish(es):  lamb hanith,roti mulawah,
 
Spending per head: Approximately RM50(晚餐)

Other Ratings:
Taste
 5  |  
Environment
 5  |  
Service
 5  |  
Clean
 5  |  
Value for Money
 4

  • Keep it up!

  • Looking Forward

  • Interesting

  • Touched

  • Envy

  • Cool Photo
      View Results
Recommend
0

Share on TwitterShare on Facebook
Categories : Malay | Stall / Warung | Noodles

Serius, so far, saya vote kan Restoran ini antara tempat terbaik untuk menikmati Mee Hun Sup. Sangat Sedap.

 
Tengok rupanya pun sudah cukup menggiurkan. Dah rasa, lagi menggiurkan.

 
Sekali cuba betul-betul membangkitkan selera. Aroma dan bahan-bahan yang dimasukkan sangatla menyelerakan. Daging, sayur, dan pelbagai lagi betul-betul membuatkan saya terliur.

 
Jemput makan. Jangan malu-malu.Nampak menyelera, memang sedap. Kena dengan selera kami.

 
Favourite isteri. Azim pun sukakannya. Setiap kali ke sini, memang isteri tidak melepaskan peluang mencuba Mee Hun Sup sedap ini. Azim anak saya pun menggemari, tidak pedas dan sesuai untuk kanak-kanak juga.

 
Suasana di kedai. Agak ramai orang. Cuma nak parking je la yang leceh skit di sini.

 
Pelbagai kuih muih boleh dinikmati di sini.Sedap-sedap dan terasa macam berada di kampung. Ehh, memang kampung, Kampung Baru.

 
Inilah Restorannya. Chunburi Seafood Kampung Baru. Mee Hun Sup nya for me terbaik setakat ini yang pernah saya cuba.Kalau di KL, tiada lagi yang setanding dengannya.

 
Sambil-sambil menikmati pemandangan KLCC, memang santai dan terbaik kan?
 
Recommended Dish(es):  mee hun sup
 
Date of Visit: Jan 04, 2014 

Spending per head: Approximately RM10(晚餐)

Other Ratings:
Taste
 5  |  
Environment
 5  |  
Service
 4  |  
Clean
 4  |  
Value for Money
 5

  • Keep it up!

  • Looking Forward

  • Interesting

  • Touched

  • Envy

  • Cool Photo
      View Results
Recommend
0

Restoran Nandos Pilihan Hati Smile Jan 16, 2014   
Share on TwitterShare on Facebook
Categories : Western variety | Restaurant | Steaks / Chops | Burgers / Sandwiches | Halal

Salah satu tempat kegemaran saya untuk makan-makan adalah Restoran Nandos. Pandangan saya, rasanya memang lain dari yang lain. Satu aroma yang membangkitkan selera.

 
Nandos 1/4 Chicken Peri-Peri bersama garlic bread. Makan bersama sos cilinya yang istimewa dan ayam yang dimasak dengan sempurna membuatkan hati sentiasa teringat-ingat kesedapan juadah ini.

 
Sos cili Hot peri peri memang layan. Pedas tapi sedap. Siapa yang makan cili , dialah yang rasa pedasnya. Satu keistimewaan yang saya rasakan tiada di restoran lain selain nandos adalah sos cili dan garlic sosnya yang memang mengancam.

 
Action speak for itself. Licin. Memang kena dengan selera saya. Boleh katakan setiap sebulan or 2 bulan kali, saya pasti akan singgahi Restoran Nandos ini. Kalaula harganya lebih murah, tentu tiap2 minggu saya singgahi. Hehehe

 
Cheese Karamel nya pun sedap. Kegemaran Isteri dan anak. Kalau order air, di sini boleh free refill.

 
Overall rating, 8.5/10.

Restoran Nandos saya singgahi
Ayam istimewa kegemaran hati
Sudah pasti saya singgahi lagi
Juadah menyelera dan enak sekali
 
Date of Visit: Jan 04, 2014 

Spending per head: Approximately RM30(晚餐)

Other Ratings:
Taste
 5  |  
Environment
 5  |  
Service
 4  |  
Clean
 5  |  
Value for Money
 3

  • Keep it up!

  • Looking Forward

  • Interesting

  • Touched

  • Envy

  • Cool Photo
      View Results
Recommend
0

Share on TwitterShare on Facebook
Categories : Malay | Restaurant | Seafood

 

 
Restoran Aroma Ikan Bakar, Pantai Jeram sempat singgahi bulan lepas ketika musim cuti sekolah. Memang sangat ramai orang time, sampai-sampai around 7 malam, waktu peak sampaikan nak dapat meja pun agak susah. Lokasinya yang terletak di Kuala Selangor, lebih kurang 1 jam lebih perjalanan dari Kuala Lumpur melalui Lebuhraya LATAR.

 
Dapatje meja, terus beratur memilih seafood pilihan. TIme ni memang dah beratur panjang. Almaklumla, time weekend dan juga cuti sekolah. Word of mouth, really powerful kan?

 
Pemandangan di sana agak cantik dan menarik.

 

 

 
Hidangan yang kami order, Ikan Siakap Bakar. Sedap dan kena dengan citarasa kami. Habis dua orang makan.Ketam masak cili, kegemaran Isteri. Order tiga ekor. 2 untuk Isteri, satu untuk eyriqazz. Masakan cilinya memang sedap . Rasa macam tak cukup pula order 3 ekor sahaja.

Jemput makan. Jangan malu-malu. Papa belanja. Perut lapar beratur lama, order lama sampai disebabkan datang time peak, memang berselera kami makan. Seafood dan Ikar Bakar sememangnya salah satu makanan kegemaran kami seisi keluarga.

 
Berselera Isteri meratah ketam. Azim nanti dah besar Papa bawa lagi ke sini ya? Hahaha, Isteri belum habis makan, saya sudah habis. Kenyang. Sedap dan puas hati.

Overall, memang puas hati. Rating saya berikan 8.5/10
 
Recommended Dish(es):  Ikan Bakar,ketam masak cili
 
Date of Visit: Jun 19, 2013 

Spending per head: Approximately RM40(晚餐)

Other Ratings:
Taste
 5  |  
Environment
 5  |  
Service
 4  |  
Clean
 4  |  
Value for Money
 4

  • Keep it up!

  • Looking Forward

  • Interesting

  • Touched

  • Envy

  • Cool Photo
      View Results
Recommend
0

Share on TwitterShare on Facebook
Categories : Malay | Restaurant | Seafood | Noodles

 
Ini antara Restoran Kegemaran kami setiap kali kami singgah di Tesco Ampang. 

 
Nampak menyelerakan. Memang sedap.

 
Kerabu Mangga. Enough said, memang best.

 
Telur dadar.

 
Sejuk rasa tekak. Airnya pun kena dengan selera.

 
Penuh orang dan suasananya memang santai. Kadang-kadang kena beratur lama especially kalau time peak.

Overall, Memang sedap, harga berpatutan, tempat bersih, servis pantas, dan menyelerakan. Memang puas hating, rating saya berikan 8.5/10. Memang sesuai untuk diterjahi seisi keluarga.
 
Recommended Dish(es):  Ikan Siakap Masak Pedas,Kerabu Mangga,Air Sirap Bandung dan Laici
 
Table Wait Time: 10 minute(s)


Date of Visit: Feb 09, 2014 

Spending per head: Approximately RM30(晚餐)

Other Ratings:
Taste
 5  |  
Environment
 4  |  
Service
 4  |  
Clean
 4  |  
Value for Money
 4

  • Keep it up!

  • Looking Forward

  • Interesting

  • Touched

  • Envy

  • Cool Photo
      View Results
Recommend
0