OpenRice Index
  
eyriqazz
This is eyriqazz .
Member 15 First(s)
No. of Review36 Review(s)
編輯推介數目0 Editor's Choice
Recommended0 Recommended
Popularity261 View(s)
Replies in Forum0 Comment(s)
Upload Photos229 Photo(s)
Upload Videos0 Video(s)
My Recommended Reviews0 Recommended Review(s)
My Restaurant34 My Restaurant(s)
Follow0 Following
粉絲307 Follower(s)
eyriqazz  Level 3
Follow Follow  Comment Leave a Message 
Sort By:  Date Smile Smile Cry Cry  Editor's Choice  Overall Score 
 
 
 
 
 
  Full View Full View   |   Map View Map View
Showing 1 to 5 of 36 Reviews in Malaysia
Makan Malam Yang Mengecewakan Cry Dec 26, 2013   
Share on TwitterShare on Facebook
Categories : Thai | Restaurant

2nd time singgah di Pha-Pha Garden, Taman Melawati ini. Pengalaman pertama sebelum ini, tidak mengecewakan. Sedap dan kena dengan citarasa. Malam ini, singgah lagi coz ingin mencuba dan mengidam nak makan ikan bakar. Nak pi jauh-jauh, tak sempat pula.

 
Tomyam Ayam – Sedap

 
Suka dengan cara dia masak. Voila, panas-panas lagi

Tanya-tanya tentang ikan bakar. Yang ada malam ini, Ikan siakap ngan kembung je. Orderla siakap, lebih kurang setengah jam , sampai :

 
Ikan Siakap Bakar - RM38

Masa sampai memang terkejut coz kosong je. Tanya dia takde kuah kat atas ke? Yang pedas-pedas tu. Then dia bawakan sos thai. Umm, lain diminta lain yang diberi. Mungkin memang camni cara masakan Ikan Bakar di restoran ini.

Tryje secubit dua, WTFisshhh… Honestly, ini pengalaman ikan bakar yang paling mengewakan. Rasa ikannya yang macam kurang masak dan tiada rasa. Kosong, just rasa ikan. Cam tak berbaloi saya bayar RM38 untuk ikan siakap bersaiz sederhana. Serius agak kecewa. Makan je la lauk-lauk yang lain.

Total harga termasuk 2 jenis lauk dan 3 jenis air RM60. Fuhh, terbang my 2 weeks lunch.

 
Macam-macam hidangan bakar

 
Harga dan rasanya serius buat saya terbakar

 
orry, my rating this 2nd time, 4/10. Kerana ikan bakar tersebut, spoil mood makan malam hari ini. Keluar dengan muka yang kecewa dan “terbakar”
 
Date of Visit: Sep 30, 2012 

Spending per head: Approximately RM30(晚餐)

Other Ratings:
Taste
 2  |  
Environment
 4  |  
Service
 3  |  
Clean
 3  |  
Value for Money
 2

  • Keep it up!

  • Looking Forward

  • Interesting

  • Touched

  • Envy

  • Cool Photo
      View Results
Recommend
0

Mana Keropok Lekor Saya? Cry Dec 26, 2013   
Share on TwitterShare on Facebook
Categories : Malaysian variety | Restaurant

Beberapa hari lepas, pergi mencuba Restoran baru di Wangsa Maju. First impression, nampak macam ramai orang plus menyediakan masakan ala-ala Pantai Timur. Lebih teruja nampak ada banner Pilihan Jalan Jalan Cari Makan Tv3 .

 
Tunggu Pelayan datang, 2-3 kali panggil tidak datang lagi. Siap sekali tu terpanggil Customer disangkakan Pelanggan. Kami order Nasi Dagang Kelantan, Nasi Kerabu dan Keropok Lekor Losong.

Nasi Dagang Kelantan dan Nasi Kerabu sampai dalam lebih kurang 10 minit. Ok la. Makan la nasi dagang dan nasi kerabu. Almost makanan nak habis, panggil lagi pelayan. Mana keropok lekor kami? Pelayan angguk-anggukkan kepala. Okla, teruskan makan.

Makanan dah almost habis, panggil lagi pelayan, Mana keropok lekor kami? . Pelayan jeling-jelingkan saja. Okla, tengah goreng agaknya.

Dah habis makan, Isteri tanyakan pula, Mana keropok lekor kami? . Pelayan senyum-senyum kambing. Okla, tunggula dalam 10 minit lagi.

Tunggu punya tunggu, panggil lagi pelayan, Mana keropok lekor kami? Pelayan senyum2 lagi. Ummm, at least cakap la sepatah dua, tengah masak ke, dalam 10 minit ke, takdela ternanti-nanti.

Tunggu punya tunggu, tak sampai-sampai lagi. Mana keropok lekor kami? Malas nak menunggu terus ke kaunter bayaran dan buat bayaran. Kaunter bayaran langsung tak tanya, terus straight tanya “Makan Apa? “.

Ini kali ke 4 kot kecewa dengan restoran Pilihan Jalan Jalan Cari Makan Tv3. Buat Restoran Patatimo, Wangsa Maju, harap in future improvekan la bak-bak customer service ni. Customer yang ramai tidak akan sentiasa ramai kalau hal-hal camni tidak dijaga. Banyak dan restoran yang saya perhatikan lingkup/tutup kerana customer servis kurang memuaskan walaupun makanan memang sedap dan menyelerakan.
 
Date of Visit: Dec 24, 2013 

Spending per head: Approximately RM15(晚餐)

Other Ratings:
Taste
 3  |  
Environment
 3  |  
Service
 1  |  
Clean
 3  |  
Value for Money
 3

  • Keep it up!

  • Looking Forward

  • Interesting

  • Touched

  • Envy

  • Cool Photo
      View Results
Recommend
0

Share on TwitterShare on Facebook
Categories : Western variety | Restaurant | Burgers / Sandwiches | Halal

 
Beberapa minggu lepas join “Amazing Race versi bloggers”. Di Cabaran kedua terakhir, diberikan kupon untuk membeli makanan di Sunway Lagoon selepas menyiapkan tugasan di Go Kart.

Kecewa dengan servisnya. Rasanya tiadala queue panjang giler. Tapi ianya mengambil masa lebih dari 30 minit untuk kami order dan dapatkan makanan kami. End result, team kami “disqualify” untuk Cabaran terakhir kerana lewat sampai di tempat tugasan terakhir.

Harap Pihak Burger King Malaysia dapat improvekan hal sebegini especially queue di sebelah kanan. Customer tak happy, customer lari….
 
Date of Visit: Aug 12, 2013 

Spending per head: Approximately RM20(午餐)

Other Ratings:
Taste
 2  |  
Environment
 3  |  
Service
 1  |  
Clean
 4  |  
Value for Money
 3

  • Keep it up!

  • Looking Forward

  • Interesting

  • Touched

  • Envy

  • Cool Photo
      View Results
Recommend
0

Share on TwitterShare on Facebook
Categories : Malaysian variety | Restaurant

 
Berkongsi pengalaman mencuba makanan di Restoran Upin dan Ipin. Kanak-kanak, first time nampak restoran ini, tentu nak singgah, termasukla anak-anak saya.

 
Isteri dah kenyang, jadi eyriqazz sorang je yang order. Eyriqazz order Set Nasi Daging Masak Merah (RM10.90) tidak termasuk tax. In term of kuahnya, for me agak sedap. Tapi, dagingnya agak keras sedikit. Sayurnya pula agak kurang fresh, sambal belacannya pula boleh tahan juga.

 
Tak elok minum ais selalu kan? So, orderla Kopi O Panas. Agak kaww, RM3. Letak 3 paket gula pun masih tidak terasa manis mana.

 
Total harga, RM20.90 termasuk dua ais jus alisya. Restoran Upin dan Ipin ni, of course la target market utama mereka adalah kanak-kanak , selain pelbagai air minuman jenama mereka sendiri , turut dijual pelbagai permainan untuk kanak-kanak. Nasib baik ALisya behave aritu, so dia tak demand mainan.

 
Kusyuk kanak-kanak melayan cerita Upin dan Ipin yang ditayangkan sepanjang masa, termasukla ALisya dan Azim.

Some feedback dari mereka yang pernah singgah di Kedai Makan Upin dan Upin seperti dikongsikan di Wall Facebook saya :

1) Harga agak mahal – Sumijelly-
2) Lama menunggu -Asiah-
3) Daging keras, out of list – Niko-
4) Tak sedap mana dan kena tunggu lama , Cawangan Shah alam – Namia-
5) Kena tunggu lama juga – Misshy Innz-

 
verall, bagi Eyriqazz, Kedai Makan Upin dan Ipin ini perlula dilakukan perubahan dari masa ke semasa especially in term of harga dan rasa makanan. Jangan kerana nak target kanak-kanak, citarasa orang dewasa dilupakan. Lama-lama boleh lari pengguna dan hasilnya mungkin boleh jadi apa yang jadi dekat “Nasi Lemak Antarabangsa, ataupun Sekinchan Ikan Bakar”.
 
Spending per head: Approximately RM15(晚餐)

Other Ratings:
Taste
 2  |  
Environment
 4  |  
Service
 3  |  
Clean
 4  |  
Value for Money
 3

  • Keep it up!

  • Looking Forward

  • Interesting

  • Touched

  • Envy

  • Cool Photo
      View Results
Recommend
0

Share on TwitterShare on Facebook
Categories : Asian Variety | Malaysian variety | Restaurant | Mixed rice | Vegetarian

Petang tadi sempat brunch di Restoran Insaf Jalan Tunku Abdul Rahman . Sudah lama tidak singgah di sini, teringin pula untuk singgah lagi. Last time pergi, memang teringat-ingat nasi biryaninya yang sedap dan memukau selera.

 
aya order Nasi Biryani dengan Ayam Goreng. Perut tengah lapar belum breakfast lagi. Ngap, pekena nasi biryani. Ehh, silap kuah ke ni? Rasa macam lain je?. Terus saya minta kuah kari, dah kuah ayam kurma sekali selain yang disediakan kuah dal. Ngap. Ehh, nasi biryani dia pun rasa lain la?. Kecewa juga, rasanya tidak sesedap seperti last time saya singgah di sana.

Pandangan dari rakan-rakan juga ada dikongsikan bila eyriqazz upkan status Facebook :

Masa mula pindah KL, antara kedai 1st aku singgah.. Mmg mengINSAFkan.. Tak terjah dah pastu.. ha ha.. – Fazrol-

Pernah juga mkn kat situ..mmg mahal n buatkan kita insaf haha…sape pergi jln tar mmg teringin nak mkn situ – Tarmizi-

Konon2 pas makan INSAF x nak makan lg..tp bila lalu tetap nak nyinggah makan.. memang x INSAF2 tul..hahaha – Sumi Mak Ikan-

Insaf dah kurang sedap compare dgn dulu. Harga mmg menginsafkan – Zaidi-

 
Order Air Mangga. Sedap juga. Cuma, sama juga, Air Mangga je tidak sesedap dulu.

 
Order mangga masak. Teruja bila kata Mangga Pakistan, RM18 sekilo. Satu pinggan ni RM10. Rasa manis-manis masam. Sedap tapi rasanya banyak lagi mangga di pasar raya dengan harga yang lebih murah yang lebih sedap.

 
Makan di meja atas. Pelik juga kenapa tak ramai orang time lunch hour weekend sebegini ? Ramai yang dah Insaf ke?

 
Bila dapat bil, memang menginsafkan. Hehehe, terbang RM50.50 . Overall, untuk sesi makan kali ini saya berikan rating 5.5/10. Singgah lagi? Umm, tengok poket dulu la kot in future. Teringat pula sesi last time rakan seofis belanja, telur ikan RM15 sepinggan adalah dalam 4 ketul telur ikan. Terus Insaf rakan seofis.
 
Date of Visit: Nov 16, 2013 

Spending per head: Approximately RM25(午餐)

Other Ratings:
Taste
 3  |  
Environment
 3  |  
Service
 3  |  
Clean
 3  |  
Value for Money
 2

  • Keep it up!

  • Looking Forward

  • Interesting

  • Touched

  • Envy

  • Cool Photo
      View Results
Recommend
0