Umum mengetahui KFC sudah bertapak lama di Malaysia dan menjadi antara makanan segera kegemaran semua, kanak-kanak atau dewasa. Kami sekeluarga tidak terkecuali. Malah KFC adalah tempat favourite nak bawa anak makan-makan kerana anak-anak memang suka dan hidangan pun cepat je disediakan (budak kecil, kalau makanan lambat sampai faham-faham je la kan) Tapi yang tak bestnya kat KFC Jusco Maluri ni ayam yang dihidangkan tak berapa fresh. Masa tengah buat order, ada satu customer cina ni complain ayam dia dah ada bau busuk. Bising-bising sampai nak saman semua. Mujur manager datang and lepas pujuk-pujuk, customer tadi setuju nak ganti dengan ayam lain. Dalam hati sempat bisik-bisik 'ala, ayam tak elok pun sampai nak saman2. Biasala dalam banyak2 ayam yang digoreng tu mesti ada ermasuk yang tak elok ke'. Tapi sampai je my order, kami pun dapat ayam goreng busuk. Kalau rasa kulitnya memang elok je sebab dah ditutup dengan rasa rempah dsb. Tapi bila gigit je isi ayam, terus meloya tekak sebab bau dah campur dengan rasa ayam yang dah basi. So unprofessional.
KFC is a big brand and such mistake can harm other outlet too. Lepas tu serik tak makan KFC setahun. Anak-anak nak makan pun ajak pegi McD je.
Other Ratings:Taste
2 |
Environment
3 |
Service
4 |
Clean
4 |
Value for Money
4 Recommend
0