OpenRice Index
  
shilazizi
This is shilazizi living in Cheras. I am a secretary; part time blogger, work in Kuala Lumpur. I like to hang out in Kampung Baru, Cheras, Kuala Lumpur. Thai, Malaysian variety, Western variety, Indonesian cuisine and burger are my favorite cuisines. I also love Restaurant, Food court, Stall / Warung, fast food and Steaks / Chops, Buffet.
Member 17 First(s)
No. of Review138 Review(s)
編輯推介數目0 Editor's Choice
Recommended0 Recommended
Popularity380 View(s)
Replies in Forum1 Comment(s)
Upload Photos149 Photo(s)
Upload Videos0 Video(s)
My Recommended Reviews0 Recommended Review(s)
My Restaurant0 My Restaurant(s)
Follow1 Following
粉絲200 Follower(s)
shilazizi  Level 4
Follow Follow  Comment Leave a Message 
Sort By:  Date Smile Smile Cry Cry  Editor's Choice  Overall Score 
 
 
 
 
 
  Full View Full View   |   Map View Map View
Showing 11 to 15 of 138 Reviews in Malaysia
Supra Soup Smile Oct 16, 2013   
Share on TwitterShare on Facebook
Categories : Western variety | Middle Eastern | Restaurant | Pizza/Pasta | Steaks / Chops

Supra Soup

Supra Soup

 
Ini adalah kali pertama aku jejakkan kaki ke restoran yang menghidangkan makanan dari Pakistan. Terima kasih aku ucapkan kepada Openrice atas undangan ini untuk slot MakanVenture di restoran Halal. Suasana yang tenang dan kebersihan restoran yang terjamin membuatkan aku rasa akan terus mengunjungi restoran ni untuk kali kedua.

Hidangan ini diberi nama Supra Soup atau Sup Supra. Sup ini mengandungi sayuran seperti lobak merah dan ubi kentang dan dicampur dengan rempah ratus asli dari Pakistan. Ramuan utamanya adalah daging kambing segar. Memang wow! Rasanya susah untuk diceritakan. Memang sedap. Sesuai dengan tekak aku. Tak sangka makanan Pakistan ni pun sesuai dengan aku. Aku hirup sup sampai licin! Yes, licin! Sedap sangat. Harga semangkuk cuma RM11.50 je. Boleh makan untuk dua orang.

 
Other Ratings:
Taste
 5  |  
Environment
 5  |  
Service
 5  |  
Clean
 5  |  
Value for Money
 4

  • Keep it up!

  • Looking Forward

  • Interesting

  • Touched

  • Envy

  • Cool Photo
      View Results
Recommend
0

Beef Pepper Lunch with Cheese Smile Oct 16, 2013   
Share on TwitterShare on Facebook
Categories : Japanese | Food court | Steaks / Chops | Burgers / Sandwiches

Beef Pepper Lunch with Cheese

Beef Pepper Lunch with Cheese

 
Semenjak kawan aku mengesyorkan makan kat Restoran Pepper Lunch ni, memang sekarang dah jadi salah satu restoran kegemaran aku untuk makan tengah hari atau pun malam. Tak kira kat mana je, Sunway Pyramid, Mid Valley atau Pavilion. Hidangan ala Jepun ni memang menepati selera aku sebagai anak Malaysia.

Kali ni aku makan Beef Pepper Lunch dan ditaburi keju (cheese). Dihidangkan dalam hot plate ketika masih panas macam mee sizzling tu. Sebelum plate tu menyejuk, haruslah aku gaulkan cheese bersama daging lembu panggang, jagung dan nasi supaya sebati. Nampak cheese yang sticky tu menambah lagi kecur air liur ni. Harga yang berpatutan dengan suasana restoran dan perkhidmatan, Pepper Lunch memang boleh dinikmati oleh semua rakyat Malaysia.

Aku sukakan rasanya yang pedas-pedas sedap dek kerana lada hitam dan sos bawang putih yang kita letak mengikut cita rasa kita sendiri. Memang marvelous!
 
Other Ratings:
Taste
 5  |  
Environment
 5  |  
Service
 5  |  
Clean
 5  |  
Value for Money
 3

  • Keep it up!

  • Looking Forward

  • Interesting

  • Touched

  • Envy

  • Cool Photo
      View Results
Recommend
0

Burn Chicken with set Smile Sep 25, 2013   (Related Review)
Share on TwitterShare on Facebook
Categories : Malay | Restaurant | Burgers / Sandwiches

Burn Chicken Burger

Burn Chicken Burger

 
Memang betul apa orang cakap. Burger Abang Burn memang terbaik! Sepadan dengan harganya. Lagi best sebab dijamin HALAL! Hak milik sepenuhnya anak Melayu dan Islam. Kali ni aku rasa burger paling basic kat restoran Abang Burn ni. Burn Chicken with set. Dalam set ni ada 3 sosej dan segelas air. Daging ayam yang empuk dan masak dengan sempurna membuatkan aku rasa nikmat giler makan burger ni. Mayonis banyak, sayur pun banyak. Boleh kata memang tak kedekutlah Abang Burn ni. Sosej pula dilimpahi jalapeno cheese seakan-akan KFC tu. Harga set tak cecah RM15.00 pun. Memang berbaloi-baloi.
Teh O Ais Limau

Teh O Ais Limau

 
Air teh 'o' ais limau pulak memang kegemaran aku. Memang ngam!
 
Other Ratings:
Taste
 5  |  
Environment
 5  |  
Service
 5  |  
Clean
 5  |  
Value for Money
 5

  • Keep it up!

  • Looking Forward

  • Interesting

  • Touched

  • Envy

  • Cool Photo
      View Results
Recommend
0

Bebola Daging Smile Sep 25, 2013   
Share on TwitterShare on Facebook
Categories : Malay | Restaurant | Burgers / Sandwiches

Bebola Daging

Bebola Daging

 
Kali pertama aku makan kat Restoran Burger Bakar Abang Burn di Cheras ni. Ni pun sebab tunggu kereta yang dihantar servis. Tengok restorannya memang sangat sempoi dan bersih. Ringkas. Walaupun ringkas, sistem kaunternya memang standard dengan McDonalds dan KFC. Canggih.

Aku order bebola daging atau meatball. Ada 10 biji meatball dan dicurahkan dengan sos lada hitam yang melimpah. Memang tak kedekut sos diorang ni. Untung siapa yang membeli. Kira padanlah dengan harganya. Rasa daging lembu yang padat dan tak macam sesetengah kedai yang menjual bebola daging tapi rasa tepung je lebih. Ni memang 100% daging lembu asli. Baru makan 4-5 biji pun dah rasa kenyang. Besar dan juicy. Lagi best bila dihidangkan sekali dengan cheezy wedges ala KFC tu. Memang mantap habis!
 
Other Ratings:
Taste
 5  |  
Environment
 5  |  
Service
 5  |  
Clean
 5  |  
Value for Money
 4

  • Keep it up!

  • Looking Forward

  • Interesting

  • Touched

  • Envy

  • Cool Photo
      View Results
Recommend
0

Share on TwitterShare on Facebook
Categories : Thai | Restaurant | Seafood | Group/Family dining

Sambal kicap

Sambal kicap

 
Sambal belacan

Sambal belacan

 
Berasap telinga! Yes! Ini sambal belacan dan cili kicap yang terpedas kat sini! Memang berpeluhlah kalau makan. Rasanya memang kaw kaw punya. Biasanya cili kicap ni dimakan bersama Ayam Pandan dan Otak-Otak dan sambal belacan pula dimakan bersama Nasi Goreng Nenas. Kalau tak silap untuk dua menu hidangan sampingan ni tak dikenakan bayaran oleh pihak restoran. Hanya sebagai penambah selera lol
 
Other Ratings:
Taste
 5  |  
Environment
 5  |  
Service
 5  |  
Clean
 5  |  
Value for Money
 1

  • Keep it up!

  • Looking Forward

  • Interesting

  • Touched

  • Envy

  • Cool Photo
      View Results
Recommend
0