Tertarik untuk mencuba restoran ini selepas terbaca tentangya di dalam facebook seorang kawan. Sejujurnya nama kedai yang unik menjadi seakan-akan sebuah tarikan untuk membawa pengunjung baru datang kesini. Restoran yang menghidangkan masakan ala Thai ini semestinya menghidangkan Tomyam sebagai menu utamanya. Rasanya agak biasa-biasa saja tapi sangat kaya dengan isi ayam, udang dan daging selain sayuran. Masakan lain yang turut boleh didapati disini ialah masakan melayu lain seperti bawal masam manis, udang petai, kerabu sotong dll. Harganya amat berpatutan. Tidak terlalu mahal dan setanding dengan masakan yang dihidangkan. Suasana restoran yang berkonsepkan open air juga sangat santai dan selesa.
continue reading
0
1
0
Opening Hours
Today
11:00 - 01:00
Mon - Sun
11:00 - 01:00
Above information is for reference only. Please check details with the restaurant.
Signature Dishes