OpenRice Index
  
lida
This is lida living in Cheras. I am a Student, work in Shah Alam (Central). I like to hang out in Gombak, Cheras. Asian are my favorite cuisines. I also love and Nasi Lemak.
Member 51 First(s)
No. of Review159 Review(s)
編輯推介數目0 Editor's Choice
Recommended1 Recommended
Popularity1029 View(s)
Replies in Forum0 Comment(s)
Upload Photos14 Photo(s)
Upload Videos0 Video(s)
My Recommended Reviews0 Recommended Review(s)
My Restaurant0 My Restaurant(s)
Follow0 Following
粉絲54 Follower(s)
lida  Level 4
Follow Follow  Comment Leave a Message 
Sort By:  Date Smile Smile Cry Cry  Editor's Choice  Overall Score 
 
 
 
 
 
  Full View Full View   |   Map View Map View
Showing 1 to 5 of 159 Reviews in Malaysia
Share on TwitterShare on Facebook
Categories : Malay | Restaurant | Mixed rice

Lagi lawatan makan malam di Buna Restoran dan Cafe. Suasana yang suram dan tenan masih setia mengamit kedatangan kami buat kali kedua. Kali ini pilihan untuk duduk di meja yang disediakan di luar restoran kerana langit kelihatan cerah dan banyak bintang yang terlihat jelas di langit.

Menu pilihan kali ini ialah Lala masak pedas dan sayur Kangkung goreng belacan bersama 3 pinggan nasi putih. Walaupun bukan peminat setia makanan laut terutamanya Lala, namun masakan di sini memang boleh dipuji. Lansung tidak terhidu bau hamis Lala walaupun Lala tidak dimasak sepenuhnya (supaya Lala tidak kecut dan menghilangkan rasanya lansung).
Lala masak Pedas

Lala masak Pedas

 
Selain itu, Buna Restoran dan Cafe juga menyediakan hidangan lain seperti Mi goreng, Nasi Goreng, Tomyam, Mi sup dan macam-macam lagi. Harga amat berpatutan dan tidak terlalu mahal, bersesuaian dengan bajet anda.

 
Recommended Dish(es):  Lala masak Pedas
 
Spending per head: Approximately RM10(晚餐)

Other Ratings:
Taste
 4  |  
Environment
 4  |  
Service
 4  |  
Clean
 4  |  
Value for Money
 4

  • Keep it up!

  • Looking Forward

  • Interesting

  • Touched

  • Envy

  • Cool Photo
      View Results
Recommend
0

Share on TwitterShare on Facebook
Categories : Malay | Restaurant | Mixed rice

Papan tanda restoran

Papan tanda restoran

 

Buna Restoran dan Cafe terletak di dalam kompleks Kelana Mall yang baru dibuka di Kelana Jaya. Walaupun masih tidak banyak kedai yang dibuka dan dikelilingi pelbagai kedai makan lain, Buna restoran dan cafe sentiasa menjadi pilihan pengunjung terutamanya pada waktu makan tengahari. Nama restorannya yang unik saja sudah cukup menjadi tarikan kepada para pelanggan yang tertanya-tanya apa keistimewaan yang ditawarkan disini.

Berkonsepkan suasana santai dan terbuka, Buna restoran nyata berbeza dengan konsep hiasan dalaman gabungan ala kampung dan Bali. Melangkah masuk saja, para pelanggan disambut dengan kesuraman cahaya lampu yang redup dan tenang bersama kolam yang dipenuhi bungaan \dan hiasan meja yang ringkas dan menarik.

Menu yang wajib dicuba disini ialah Ayam Pandan, iaitu daging ayam yang diperap dengan ramuan istimewa dan dibalut di dalam daun pandan sebelum digoreng. Aroma wangi yang terbit ketika membuka balutan daun pandan amat menyelerakan. Daging yang menyerap rasa pandan juga lebih empuk dan lembut, walaupun dogoreng di dalam minyak panas, namun masih dapat mengekalkan rasa jus ayamnya.
Ayam Pandan

Ayam Pandan

 
Harga yang ditawarkan amat berpatutan, kurang daripada RM10 per hidangan. Jika anda masih mencari tempat untuk menikmati makan tengahari atau makan malam dan masih bajet seharian anda, Buna restoran dan Cafe pasti tidak mengecewakan.
 
Recommended Dish(es):  Ayam Pandan
 
Spending per head: Approximately RM10(午餐)

Other Ratings:
Taste
 4  |  
Environment
 5  |  
Service
 4  |  
Clean
 4  |  
Value for Money
 4

  • Keep it up!

  • Looking Forward

  • Interesting

  • Touched

  • Envy

  • Cool Photo
      View Results
Recommend
0

Fishbone @ Shah Alam Smile May 30, 2013   
Share on TwitterShare on Facebook
Categories : Malay | Restaurant | Steaks / Chops | Seafood | Noodles

Bagi mereka yang gemarkan makanan laut, Fishbone di Shah Alam ialah antara tempat yang patut dikunjungi. Restoran ini menawarkan pelbagai pilihan makanan laut seperti ikan masak masam manis, tomyam udang galah dan juga masakan lain seperti asam pedas dan ikan masak sambal. Apa yang menjadi tarikan restoran ini ialah namanya sendiri yang mengambarkan pelbagai jenis masakan ikan yang boleh dicuba disini. Harga yang ditawarkan adalah amat berpatutan. Suasana restoran yang terdiri dari konsep open air dan ruang berhawa dingin juga sangat selesa buat para pelanggan.
 
Recommended Dish(es):  Tomyam Udang
 
Other Ratings:
Taste
 4  |  
Environment
 4  |  
Service
 4  |  
Clean
 4  |  
Value for Money
 4

  • Keep it up!

  • Looking Forward

  • Interesting

  • Touched

  • Envy

  • Cool Photo
      View Results
Recommend
0

Uncle K kopitiam Smile May 30, 2013   
Share on TwitterShare on Facebook
Categories : Malaysian variety | Café | Group/Family dining

Walaupun terdapat banyak kopitiam tumbuh seperti cendawan selepas hujan, Uncle K kopitiam sangat unik kerana selain menawarkan menu signature seperti lain-lain kopitiam, mereka juga menyediakan hidangan barat (pasta, spagetti), masakan melayu (mee, bihun goreng) dan juga masakan mamak (roti canai, naan). Pertama kali masuk kesini anda mungkin rambang mata dengan puluhan pilihan menu tetapi antara yang patut dicuba ialah Mee goreng special dengan telur mata. Harga juga berpatutan dan suasana kedainya amat selesa dan santai.
 
Other Ratings:
Taste
 4  |  
Environment
 4  |  
Service
 4  |  
Clean
 4  |  
Value for Money
 4

  • Keep it up!

  • Looking Forward

  • Interesting

  • Touched

  • Envy

  • Cool Photo
      View Results
Recommend
0

Laksam @ Laksa Shack Smile May 29, 2013   
Share on TwitterShare on Facebook
Categories : Malay | Restaurant | Noodles

Mula dibuka pada tahun 2003 dan restoran cafe pertama yang menawarka laksa sebagai menu utama. Wajib mencuba laksam disini. Laksam ialah variasi laksa dari negeri kelantan tetapi tidak menggunakan mee laksa sebaliknya sejenis tepung yang dicanai nipis seperti kuew tiow. Kuahnya pula dibuat dari isi ikan seperti laksa penang tetapi ditambah santan. Dihidangkan dengan sambal lada dan sayuran dipotong halus seperti kacang panjang dan daun kesum. Namun bukan setiap masa menu ini available di Laksa Shack. Selalunya apabila ditanya tentang laksam, pelayan akan kata sudah habis atau tidak dijual lagi. Kalau bernasib baik silalah cuba laksam disini. Sangat sedap!
 
Recommended Dish(es):  Laksam
 
Spending per head: Approximately RM8

Other Ratings:
Taste
 5  |  
Environment
 4  |  
Service
 4  |  
Clean
 4  |  
Value for Money
 4

  • Keep it up!

  • Looking Forward

  • Interesting

  • Touched

  • Envy

  • Cool Photo
      View Results
Recommend
0